ad
AGENDA

Polis: Jalan licin punca pengangkut kereta perisai ATM terbalik

14 Nov 2024, 9:27 AM
Polis: Jalan licin punca pengangkut kereta perisai ATM terbalik

KUALA LUMPUR, 14 NOV: Nahas melibatkan kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada Khamis lepas disebabkan jalan licin dan basah.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan awal mendapati keadaan jalan mengakibatkan kenderaan itu yang dalam perjalanan dari Kem Batu 5, Mentakab, Pahang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 7 Nov, tular di media sosial rakaman memaparkan sebuah kenderaan pengangkut ATM membawa dua kenderaan kereta perisai terbabas di laluan bertentangan di KM35.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Bentong.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.