ad
AGENSI

Peserta Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor rasai pengalaman agropelancongan

14 Nov 2024, 8:53 AM

SUBANG JAYA, 14 NOV: Kira-kira 30 peserta menyertai program lawatan suai kenal (FAM Trip) mempromosi produk pelancongan Selangor sempena Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) ke-34 2024.

Pengurus Acara dan Pelancongan Fokus Tourism Selangor M Roul Mustaffa berkata program bersekali promosi Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025 itu memberi pengalaman aktviti agropelancongan kepada peserta.

[caption id="attachment_673012" align="alignleft" width="360"] Pengurus Acara dan Pelancongan Fokus Tourism Selangor M Roul Mustaffa. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Menurut beliau, peserta dibawa ke MAEPS Rubinga Equestrian Center (MREC) bagi mencuba pengalaman sukan berkuda dan ke pusat agropelancongan serta ladang tenusu Farm Fresh@UPM di sini.

“Kita mementingkan pengalaman pelancongan kepada pelancong seperti melihat proses penghasilan produk tenusu. Mereka turut berpeluang mencuba pembuatan kuih tradisional iaitu koci labu,” katanya ditemui hari ini.

[caption id="attachment_673013" align="alignright" width="360"] Tony Sobey, 86, dari England. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, peserta Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor Ke-34 2024, Tony Sobey, 86, memuji penganjuran lawatan suai kenal itu.

Tony dari England yang juga peserta tertua kejohanan kapal layar antarabangsa kali ini, mengakui lawatan itu memberi pengalaman istimewa buatnya kerana dapat melihat sendiri proses penghasilan produk tenusu selain merasai pengalaman berkuda.

“Sudah 20 kali saya sertai Regatta dan kali pertama melaluinya saya rasai pengalaman menyertai lawatan bermanfaat seperti ini. Tahniah Tourism Selangor,” katanya.

[caption id="attachment_673014" align="alignleft" width="360"] Pengurus MREC Mohd Fuad Bin Eusof. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, Pengurus MREC Mohd Fuad Eusof berkata penganjuran program itu memberi peluang pihaknya memperkenal aktiviti berkuda termasuk penyertaan dalam sukan berkenaan.

“Di sini kita mahu buang stigma aktiviti berkuda hanya untuk golongan tertentu sahaja. Kita terapkan ilmu dan pupuk minat belajar mengenai kuda dari asas.

“Datang ke sini, anda boleh sentuh kuda, belajar mengenali haiwan ini dan banyak lagi. Paling asas boleh cuba sendiri pengalaman berkuda. Kita juga ada tawarkan kelas dan ke peringkat seterusnya. Di sini ada juga anak istimewa yang menjalani terapi,” katanya.

[caption id="attachment_673020" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai mengunjungi Farm Fresh Serdang, Subang Jaya pada 14 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_673017" align="aligncenter" width="700"] Peserta Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor ketika menyertai suai kenal (FAM Trip) mempromosikan produk agro pelancongan Selangor di Farm Fresh Serdang, Subang Jaya pada 14 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_673025" align="aligncenter" width="700"] Peserta Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor mencuba membuat kuih tradisional ketika menyertai perjalanan suai kenal (FAM Trip) mempromosikan produk agro pelancongan Selangor di Rubinga Equine Centre (MREC) Serdang, Subang Jaya pada 14 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_673018" align="aligncenter" width="700"] Peserta Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor menaiki trem ketika menyertai suai kenal (FAM Trip) mempromosikan produk agro pelancongan Selangor di Farm Fresh Serdang, Subang Jaya pada 14 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_673021" align="aligncenter" width="700"] Peserta Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor di bawa menunggang kuda ketika menyertai perjalanan suai kenal (FAM Trip) mempromosikan produk agro pelancongan Selangor di Rubinga Equine Centre (MREC) Serdang, Subang Jaya pada 14 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_673022" align="aligncenter" width="703"] Peserta perjalanan suai kenal (FAM Trip) memberi kuda makan di Rubinga Equine Centre (MREC) Serdang, Subang Jaya pada 14 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_673008" align="aligncenter" width="700"] Peserta Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor memberi kambing makan ketika menyertai suai kenal (FAM Trip) mempromosikan produk agro pelancongan Selangor di Farm Fresh Serdang, Subang Jaya pada 14 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.