ad
AGENSI

KSSA pastikan perobohan stadium patuhi SOP, tidak ganggu saliran

14 Nov 2024, 2:10 AM
KSSA pastikan perobohan stadium patuhi SOP, tidak ganggu saliran
KSSA pastikan perobohan stadium patuhi SOP, tidak ganggu saliran

SHAH ALAM, 14 NOV: Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) memastikan kerja-kerja perobohan stadium mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan tidak mengganggu sistem saliran di kawasan sekitar.

Dalam kenyataan di X, KSSA memaklumkan pihaknya juga prihatin dengan keadaan cuaca di Lembah Klang, yang turut mengakibatkan banjir kilat di beberapa lokasi sekitar Shah Alam, kelmarin.

"Pasukan kami akan terus memantau keadaan dengan teliti untuk memastikan keselamatan pekerja dan komuniti setempat," katanya pada 13 November.

KSSA turut melaksanakan langkah tambahan untuk menguruskan kesan cuaca, termasuk penggunaan kolam takungan sedia ada bagi kelancaran sistem saliran dan mengelakkan gangguan.

[caption id="attachment_672938" align="aligncenter" width="778"] Kontraktor MRCB melakukan kerja perobohan Stadium Shah Alam sewaktu tinjauan pada 11 November 2024 di Seksyen 13, Shah Alam. Proses merobohkan Stadium Shah Alam yang bermula awal Julai dijangka selesai sepenuhnya Mei tahun depan. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Keutamaan kami pastinya kesejahteraan semua yang terlibat serta meminimumkan sebarang kesulitan di kawasan sekitar," jelasnya.

Kelmarin, lima kawasan di Klang iaitu Bandar Bukit Raja, Kampung Batu Belah, Rantau Panjang, Meru dan Padang Jawa dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan.

Selain Klang, kawasan terjejas termasuk Seksyen 13 berdekatan Stadium Shah Alam berikutan paras air Sungai Damansara meningkat dan Setia Alam, dengan ketinggian sehingga dua kaki.

Minggu lalu, EXCO Sukan Najwan Halimi berkata perobohan Stadium Shah Alam dijangka selesai Mei 2025, dengan kadar kemajuan terkini mencecah 80 peratus sejak dimulakan awal Julai lalu.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata pembangunan KSSA membabitkan tiga fasa dijangka siap sepenuhnya menjelang 2029.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.