ad
AGENSI

Ikuti siaran langsung pembentangan belanjawan esok di Media Selangor

14 Nov 2024, 2:00 AM
Ikuti siaran langsung pembentangan belanjawan esok di Media Selangor

SHAH ALAM, 14 NOV: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung pembentangan Belanjawan Selangor 2025 oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di semua platform Media Selangor esok.

Berlangsung di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS) bermula jam 3 petang, laporan berita boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selangor Journal, Selangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil.

Siaran langsung pula boleh ditonton menerusi pautan https://selangortv.my/ dan media sosial seperti Facebook MediaSelangor, Instagram, X, Telegram, TikTok selain platform MYTV.

Belanjawan negeri tahun depan bakal menumpukan beberapa teras seperti kecerdasan buatan (AI) dan pendidikan, infrastruktur dan alam sekitar, kebajikan, tadbir urus dan ekonomi kreatif.

Bulan lalu, Dato’ Menteri Besar berkata belanjawan negeri bakal menggariskan beberapa inisiatif khusus bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke Selangor.

Amirudin berkata berkata usaha berterusan perlu dibuat untuk meneruskan momentum negeri sebagai penyumbang ekonomi terbesar negara sekali gus menjamin limpahan manfaat dinikmati rakyat.

Sebelum ini, Speaker DNS Lau Weng San berkata pembentangan Belanjawan Selangor 2025 bersekali dengan sidang dewan yang dijadual berlangsung sehingga 28 November.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.