ad
AGENDA

Pelajar cedera terjatuh, dipercayai khayal selepas hisap rokok elektronik

13 Nov 2024, 2:10 PM
Pelajar cedera terjatuh, dipercayai khayal selepas hisap rokok elektronik

KANGAR, 13 NOV: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah kebangsaan di sini cedera akibat terjatuh dari bumbung pejalan kaki dalam kawasan sekolah itu selepas dipercayai khayal setelah menghisap rokok elektronik (vape) hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada guru sekolah pada pukul 10.50 pagi dan pelajar tersebut mengalami kecederaan kecil di tapak kaki dan bahagian lutut.

Beliau berkata sebelum kejadian itu, pelajar berkenaan dipercayai berasa panas badan dan berkhayal selepas menghisap vape dan dia kemudiannya turun dari tingkat satu bangunan sekolah itu dan berjalan di atas bumbung pejalan kaki yang rapuh.

"Pelajar itu semasa berada di tingkat satu bangunan sekolah telah menemui sebatang vape di bawah meja dalam kelas. Dia kemudian pergi bersama dua rakannya ke belakang bangunan tingkat satu sekolah untuk menghisap vape tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata keluarga pelajar itu telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dan pelajar tersebut diserahkan semula kepada pihak keluarga selepas ujian saringan awal air kencingnya menunjukkan keputusan negatif.

-- BERNAMA

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.