ad
AGENDA

MB rakam ucapan takziah kepada keluarga Daim

13 Nov 2024, 9:43 AM
MB rakam ucapan takziah kepada keluarga Daim

SHAH ALAM, 13 NOV: Dato’ Menteri Besar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada usia 86 tahun, pagi tadi.

“Semoga roh Allahyarham Tun Daim Zainuddin dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan di kalangan orang beriman,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Terdahulu, keluarga Allahyarham dalam kenyataan memaklumkan Daim meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada jam 8.21 pagi tadi.

Daim memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta selepas solat asar dan disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.