ad
AGENDA

Tun Mahathir sedih pemergian Daim, hilang sahabat seperjuangan

13 Nov 2024, 4:22 AM
Tun Mahathir sedih pemergian Daim, hilang sahabat seperjuangan

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini sebagai kehilangan seorang sahabat seperjuangan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, bekas perdana menteri itu berkata beliau berasa sedih atas pemergian Allahyarham.

"Saya hanya mampu berdoa, akan kita bersama kembali di masa tertentu, amin," kata bekas perdana menteri itu.

Menurut keluarga Allahyarham dalam kenyataan, Daim, 86, meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 8.21 pagi tadi.

Daim sebelum ini memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.