ad
AGENDA

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia

13 Nov 2024, 1:49 AM
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital swasta, pagi ini.

Pemergian Allahyarham atau nama sebenarnya Che Abdul Zaim Zainuddin disahkan peguam beliau Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.

Menurut Gurdial Singh, Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak dua minggu lepas.

Daim sebelum ini memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001.

Menurut keluarga Daim dalam satu kenyataan, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 8.21 pagi tadi.

“Sembahyang jenazah insya-Allah selepas asar di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.