ad
AGENDA

Polis: Ibu saudara maut dipercayai ditumbuk akibat tidak tahan dikongkong

11 Nov 2024, 11:30 AM
Polis: Ibu saudara maut dipercayai ditumbuk akibat tidak tahan dikongkong

IPOH, 11 NOV: Punca kematian seorang wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan membusuk di sebuah rumah di Taman Puteri Lindungan Bintang di sini, semalam dipercayai akibat ditumbuk berkali-kali oleh anak saudaranya yang hilang sabar kerana dikatakan sering dikongkong wanita itu.

Pemangku Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat berkata ia hasil soal siasat pihaknya ke atas lelaki berusia 21 tahun itu yang turut dipercayai mengurung mangsa.

"Suspek dikatakan menumbuk mangsa berkali-kali sehingga terjatuh tangga, dan  mengurung wanita itu selama empat hari di sebuah bilik di rumah berkenaan.

"Bagaimanapun kejadian itu terbongkar apabila adik mangsa mencari wanita berkenaan, selepas beberapa hari wanita itu tidak kelihatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Semalam Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata polis telah menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan bunuh.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.