ad
AGENDA

PM: Malaysia sedia salur bantuan kewangan kepada Lubnan

11 Nov 2024, 10:37 AM
PM: Malaysia sedia salur bantuan kewangan kepada Lubnan

KUALA LUMPUR, 11 NOV: Malaysia bersedia menyalurkan bantuan kewangan kepada Lubnan bagi membantu mangsa yang terkesan akibat serangan Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati ketika menerima kunjungan hormat pemimpin itu di ibu kota Arab Saudi, Riyadh, sebelum Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam.

“Dalam pertemuan ini saya nyatakan sokongan berterusan Malaysia terhadap Lubnan yang kini berdepan kegilaan rejim Zionis Israel.

“Malaysia juga terkesan secara langsung dengan ketegangan di Lubnan susulan insiden serangan Israel sehingga mengakibatkan enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) tercedera,” katanya.

Pada malam Ahad, Anwar Ibrahim berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk ke Riyadh, bagi menghadiri sidang kemuncak tergempar itu yang berlangsung hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.