SHAH ALAM, 11 NOV: Loji jana kuasa berkapasiti 1,200 megawat di Pulau Indah, Pelabuhan Klang yang dibangunkan Worldwide Holdings Bhd dijangka beroperasi Januari tahun depan.
Ketua pegawai eksekutif kumpulannya berkata pembinaan loji jana kuasa turbin gas kitaran gabungan kini mencapai 98 peratus dengan jangkaan siap sepenuhnya akhir tahun ini.
“Pembinaan loji ini berdepan sedikit kelewatan berikutan isu bekalan gas tetapi insya-Allah akan beroperasi Januari tahun depan. Saya bangga dapat mengurus pembangunan projek ini bersama kepakaran anak-anak tempatan.
“Projek ini menandakan satu lagi kejayaan buat Selangor kerana ia loji jana kuasa pertama dibangunkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan membekalkan 11 peratus tenaga elektrik untuk pengguna di negeri ini,” kata Datin Paduka Norazlina Zakaria.
Beliau ditemui selepas sesi perkongsian bertajuk Dari sisa kepada kuasa - Mengintegrasi loji sisa kepada tenaga (WTE) ke dalam penyelesaian pengurusan sisa mampan sempena World Urban Forum ke-12 (WUF12) di Pusat Pameran Antarabangsa Egypt, Kaherah pada 7 November.
Sebelum ini, Norazlina berkata projek bernilai RM3.3 bilion dibangunkan dengan kerjasama Korea Electric Power Corporation dan Pulau Indah Power Plant Sdn Bhd (PIPP).
[caption id="attachment_608446" align="aligncenter" width="730"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat replika tapak projek Sisa kepada Tenaga (Waste-To-Energy (WTE) Jeram diantara Worldwide Holdings Berhad (WHB), dengan kerjasama Shanghai Electric Power Generation (M) Sdn Bhd (Shanghai Electric) di tapak pelupusan Sanitari Jeram pada 17 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]
Pada 25 Julai, Dato’ Menteri Besar berkata industri tenaga giat dibangunkan di Selangor sebagai usaha menangani perubahan iklim yang menjadi ancaman global ketika ini.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata agensi dan anak syarikat diarah membuat perancangan serta menjadikan elemen itu sebagai peluang untuk lebih berinovasi sekali gus beradaptasi dengan perubahan tenaga.
Antara dilakukan ialah pembinaan loji jana kuasa di Pulau Indah, Klang; stesen mini hidroelektrik di Batang Kali, Hulu Selangor serta pembinaan loji sisa kepada tenaga (WTE) di Jeram, Kuala Selangor.
[caption id="attachment_608396" align="aligncenter" width="1051"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (empat kanan) melakukan gimik perasmian majlis pecah tanah pembinaan kemudahan sisa kepada tenaga Jeram antara Worldwide Holdings Berhad (WHB) dengan Shanghai Electric Power Generation (M) Sdn Bhd di tapak pelupusan sanitari Jeram pada 17 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]