ad
EXCO

Tamat bantuan BINGKAS, Selangor kaji mekanisme lain ringankan kos hidup

11 Nov 2024, 7:01 AM
Tamat bantuan BINGKAS, Selangor kaji mekanisme lain ringankan kos hidup

SHAH ALAM, 11 NOV: Selangor mengkaji mekanisme lain untuk memberi sokongan kepada penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) selepas agihan skim berkenaan tamat.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata kajian meliputi semua aspek termasuk menjana pendapatan sendiri demi memastikan mereka mampu menjalani kehidupan sebaiknya.

“Selepas dua tahun terima Bingkas secara bulanan, kita mahu mereka berdikari. Maksudnya mereka tidak hanya bergantung kepada kerajaan sahaja," katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Menurutnya, kajian itu akan dibentang bagi mendapatkan pandangan semua pihak, termasuk penambahbaikan bagi mencapai hasrat negeri supaya penduduk keluar daripada kategori miskin tegar.

“Inisiatif ini bakal beri manfaat besar, malah baru-baru ini Jabatan Perangkaan turut mengeluarkan formula keperluan pendapatan sesebuah keluarga. Selangor antara yang tertinggi (perbelanjaan). Jadi kita memang perlu bantu dan penduduk memang mengharapkan bantuan kerajaan,” kata Anfaal lagi.

BINGKAS merupakan satu daripada 46 skim terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang, yang menawarkan bantuan bulanan sebanyak RM300 selama dua tahun.

Inisiatif tersebut ditambah baik daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan ke bawah, dengan peruntukan sebanyak RM108 juta.

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.