ad
ADN

ADN Sentosa sumbang katil pesakit, kerusi roda, ringan beban mangsa kemalangan

11 Nov 2024, 4:30 AM
ADN Sentosa sumbang katil pesakit, kerusi roda, ringan beban mangsa kemalangan
ADN Sentosa sumbang katil pesakit, kerusi roda, ringan beban mangsa kemalangan

SHAH ALAM, 11 NOV: Seorang mangsa kemalangan yang patah tulang rusuk dan pinggul menerima katil pesakit dan kerusi roda sumbangan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Sentosa.

Wakil rakyatnya Dr G Gunaraj berkata sumbangan kemudahan itu bagi memudahkan proses pemulihan mangsa dan meringankan beban keluarga berkenaan.

[caption id="attachment_636500" align="aligncenter" width="684"] Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Kumpulan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) mewakili saya bersama beberapa yang lain membuat ziarah medik ke rumah Muhammad Syahran di Taman Maznah, Klang.

“Keluarga ini sedang mengalami saat sukar kerana mangsa merupakan pencari pendapatan utama keluarga ini,” katanya di Facebook.

Menurutnya sumbangan Pusat Khidmat Masyarakat Sentosa itu diharap memberi kesan positif kepada kehidupan mangsa dan keluarga.

“Kami berharap keluarga ini tabah menghadapi cabaran ini,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.