ad
AGENSI

Wakaf Selangor salur RM1 juta bantu operasi masjid

10 Nov 2024, 8:20 AM
Wakaf Selangor salur RM1 juta bantu operasi masjid

SHAH ALAM, 10 NOV: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menerima sumbangan wakaf RM1 juta dari Masjid Prima Saujana Kajang Jumaat lalu.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan sumbangan yang diterima itu untuk diwakafkan kepada Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam, Kajang.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf yang menyumbang sehingga akhirat,” katanya.

Terdahulu, sumbangan wakaf itu disempurnakan nazir Masjid Prima Saujana Mohamad Asri Harun kepada Ketua Pegawai Eksekutif PWS Anuar Hamzah Tohar.

Menurut PWS pada hari penyerahan pihaknya turut memberikan taklimat bagi menyebar luas dakwah, kefahaman dan kesedaran tentang manfaat berwakaf.

“PWS juga membuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus dan kod QR,” katanya.

PWS memaklumkan sumbangan wakaf boleh dibuat menerusi laman web PWS di fpx.wakafselangor.gov.my atau infaqpay.my/go/wakafselangor untuk berwakaf tunai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.