ad
AGENDA

Sekretariat Kerajaan Perpaduan Selangor ditubuh, kukuh kerjasama HARAPAN-BN

10 Nov 2024, 1:00 AM
Sekretariat Kerajaan Perpaduan Selangor ditubuh, kukuh kerjasama HARAPAN-BN
Sekretariat Kerajaan Perpaduan Selangor ditubuh, kukuh kerjasama HARAPAN-BN
Sekretariat Kerajaan Perpaduan Selangor ditubuh, kukuh kerjasama HARAPAN-BN

GOMBAK, 10 NOV: Sekretariat Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor dibentuk bagi memperkukuh kerjasama Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi HARAPAN Selangor berkata melalui penubuhan ini pelbagai perkara termasuk pentadbiran dan urusan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan dapat lebih dipererat.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, sekretariat turut akan mengatur beberapa program yang akan dilaksana bersama sehingga menuju pilihan raya.

[caption id="attachment_672240" align="aligncenter" width="757"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Peduli Ummah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Dataran Sungai Tua, Gombak pada 9 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Antaranya diadakan pemukiman dengan menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ikat hubungan lebih erat .

"Kerjasama akan terus dipereratkan hingga pilihan raya dengan mengguna pakai modul peringkat pusat ke Selangor," katanya kepada pemberita dalam satu majlis di Dataran Sungai Tua di sini, semalam.

[caption id="attachment_672269" align="aligncenter" width="814"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika Jelajah Peduli Ummah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Dataran Sungai Tua, Gombak pada 9 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Khamis lalu, mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor berlangsung yang dipengerusikan Setiausaha Perpaduan Negeri Selangor Dr Mohd Khairuddin Othman.

Mesyuarat kali pertama itu diadakan bagi membincangkan penubuhan jawatankuasa sekretariat dan gerak kerja untuk menyatupadukan parti-parti di bawah naungan Kerajaan Perpaduan di negeri Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.