ad
AGENDA

Angka korban di Gaza meningkat kepada 43,552 orang, lebih 102,765 cedera

9 Nov 2024, 2:24 PM
Angka korban di Gaza meningkat kepada 43,552 orang, lebih 102,765 cedera

GAZA, 9 NOV: Pasukan pendudukan Israel melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 jam lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin terbunuh dan 81 yang lain cedera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut laporan perubatan, angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt 2023 telah meningkat kepada 42,175 orang manakala 98,336 individu dilaporkan cedera.

Sebahagian besar mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Sumber yang sama turut melaporkan bahawa perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan atau mayat yang bergelimpangan di jalan-jalan di seluruh kawasan konflik itu, kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam.

- BERNAMA-WAFA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.