ad
BERITA UTAMA

Kerja roboh Stadium Shah Alam capai 80 peratus, jangka siap Mei 2025

9 Nov 2024, 5:57 AM
Kerja roboh Stadium Shah Alam capai 80 peratus, jangka siap Mei 2025
Kerja roboh Stadium Shah Alam capai 80 peratus, jangka siap Mei 2025
Kerja roboh Stadium Shah Alam capai 80 peratus, jangka siap Mei 2025

SHAH ALAM, 9 NOV: Proses merobohkan Stadium Shah Alam yang bermula awal Julai mencapai tahap 80 peratus dan dijangka selesai sepenuhnya Mei tahun depan.

EXCO sukan berkata apabila proses perobohan selesai, pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) membabitkan kawasan seluas 76.08 hektar akan dimulakan.

"Proses perobohan berada dalam kemajuan yang sangat baik, bila dah siap roboh nanti pembinaan KSSA akan bermula untuk struktur stadium baharu.

[caption id="attachment_672197" align="alignleft" width="407"] EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi bercakap kepada media selepas majlis Perasmian Jelajah Belia Madani Selangor Daerah Petaling di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam pada 9 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Kita berharap semua proses berjalan mengikut jadual. KSSA akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden yang bukan sahaja untuk aktiviti sukan tetapi rekreasi untuk orang ramai," kata Mohd Najwan Halimi.

Beliau ditemui selepas melancarkan program Jelajah Belia MADANI Selangor Daerah Petaling di sini hari ini.

Pembangunan semula KSSA dibuat berikutan kos baik pulih dianggar menelan belanja RM787 juta. Sebanyak RM56 juta digunakan bagi menyelenggara dan membaiki kerosakan antara 2013 hingga 2022.

KSSA bakal meliputi pelbagai kemudahan untuk orang awam berekreasi selain mengadakan kegiatan komersial antaranya 40 peratus kawasan rekreasi awam dan 60 peratus untuk sukan termasuk gelanggang ‘indoor’, dewan serba guna, hotel, masjid, ruang acara dan ruang jualan.

Pembinaannya mengambil kira pelbagai faktor termasuk isu kekerapan banjir selain stadium bertaraf antarabangsa, kapasiti 35,000 ke 45,000 penonton dan boleh berfungsi serta mengendali pelbagai acara termasuk konsert.

[caption id="attachment_672187" align="aligncenter" width="701"] Orang ramai melihat reka bentuk Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dalam pameran awam di pusat beli-belah SACC, Shah Alam pada 28 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.