SHAH ALAM, 9 NOV: Belanjawan negeri Selangor 2025 akan dibentang Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari 15 November ini, jam 3 petang.
Laporan berita pembentangan belanjawan itu boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selangor Journal, Selangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil.
Siaran langsung itu juga boleh diikuti menerusi https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor.
Pembentangan di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS) itu turut disiarkan melalui media sosial Media Selangor seperti Instagram, X, Telegram, TikTok selain di MYTV MANA-MANA.
Pada 30 Oktober, Dato’ Menteri Besar berkata belanjawan negeri tahun depan menggariskan beberapa inisiatif khusus bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke negeri ini.
Amirudin berkata berkata usaha berterusan perlu dilakukan untuk meneruskan momentum negeri sebagai penyumbang ekonomi terbesar negara sekali gus menjamin limpahan manfaat dinikmati rakyat.