SHAH ALAM, 9 NOV: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di lima lokasi pagi ini.
Bermula 10 pagi, jualan murah barangan asas itu menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).
Berikut lokasi JER hari ini:
JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini. Bagi meluaskan capaian, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.
PKPS juga melancarkan Pasar Raya Ehsan Mart di Dataran Selayang, Batu Caves yang menawarkan harga barangan asas lebih rendah. Pasar raya itu bakal diperluas di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.
Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.
[caption id="attachment_657555" align="aligncenter" width="1302"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Pandan Indah di Dataran Pandan Prima, Ampang Jaya pada 14 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]