ad
BERITA UTAMA

Rumah pam air siap dibina, tangani henti tugas LRA Rantau Panjang

8 Nov 2024, 12:09 PM
Rumah pam air siap dibina, tangani henti tugas LRA Rantau Panjang
Rumah pam air siap dibina, tangani henti tugas LRA Rantau Panjang

KUALA SELANGOR, 8 NOV: Projek pembinaan rumah pam air di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang Pakej B di bawah inisiatif Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Selangor siap sepenuhnya dan akan beroperasi dalam masa terdekat.

EXCO infrastruktur berkata pembinaan empat unit pam air tersebut dengan kos RM21 juta bertujuan menangani isu henti tugas LRA akibat insiden pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor dan Sungai Langat.

Ir Izham Hashim menjelaskan projek meliputi kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem pengepaman dan kerja lain berkaitan di muka sauk LRA Rantau Panjang.

“Pakej B ini melibatkan pembinaan rumah pam untuk membekalkan air mentah secara terus dari Kolam Hang Tuah 5 ke muka sauk LRA Rantau Panjang baru dan lama.

“Kapasiti pam yang disediakan adalah sebanyak 40 MLD (juta liter sehari) menyamai kapasiti produksi LRA Rantau Panjang serta mampu bertahan dalam tempoh lima hari,” katanya pada majlis perasmian rumah pam tersebut.

[caption id="attachment_672120" align="alignnone" width="917"] EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim menandatangan plak perasmian pada Majlis Penyerahan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Pakej B di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang di Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 08 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Tambah Izham, sistem pengepaman air mentah dari Kolam Hang Tuah yang terletak satu kilometer dari muka sauk LRA Rantau Panjang akan diaktifkan untuk menyalurkan air mentah sekiranya berlaku pencemaran di Sungai Selangor.

“Apabila semuanya sudah beroperasi dan boleh dilaksanakan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan menyediakan tatacara operasi piawai (SOP),” ujarnya.

Pada masa sama, beliau memberitahu bagi pembinaan Pakej A (stesen horas pengepaman) di Sungai Selangor, Pakej C (kolam takungan) dan Pakej D (lencongan sungai) di Sungai Semenyih mencapai tahap kemajuan 94.5 peratus.

“Kos pembangunan secara keseluruhan berjumlah RM320 juta dan dijangka dapat disiapkan selewat-lewatnya hujung bulan depan,” katanya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.