ad
ADN

Belanjawan 2025: ADN mahu dana khas baik pulih kemudahan sukan

8 Nov 2024, 11:06 AM
Belanjawan 2025: ADN mahu dana khas baik pulih kemudahan sukan

SHAH ALAM, 8 NOV: Belanjawan negeri 2025 diharap menyediakan peruntukan khas untuk baik pulih fasiliti sukan khususnya sempena Selangor menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Ahli Frwan Negeri (ADN) Kampung Tunku Lim Yi Wei berkata proses naik taraf perlu dilaksana segera demi kemudahan semua pihak khususnya atlet yang bertanding pada temasya itu nanti.

"Saya berharap ada peruntukan tambahan untuk membaiki dan naik taraf fasiliti sukan supaya semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan dapat bergerak secepat mungkin.

"Jika baik pulih dapat dilaksana segera, ia beri kelebihan kepada atlet kerana mereka dapat menyesuaikan diri dan boleh digunakan untuk orang awam juga," katanya dihubungi Selangorkini.

Yi Wei juga berharap Kerajaan Negeri mewujudkan program jalinan kasih antara rumah penjagaan warga emas dan kanak-kanak menerusi kerangka ekonomi penjagaan.

"Selain ada perancangan bandar dan pengezonan sesuai untuk rumah jagaan, saya cadangkan juga wujudkan program jalinan antara rumah orang-orang tua dan kanak-kanak.

"Menerusi program komuniti ini, aktiviti golongan warga emas tidak terhad untuk mereka sahaja sebaliknya dapat menyumbang sesuatu kepada kanak-kanak," katanya.

Beliau turut berharap pengisian program kesihatan mental dapat dikaji semula mengikut perkembangan terkini bagi memastikan aspek penjagaan rakyat negeri ini terjaga.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dijadual membentang belanjawan negeri 2025 pada 15 November ini, jam 3 petang di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS).

Laporan belanjawan boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selangor JournalSelangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil

Orang ramai juga boleh menonton siaran langsung menerusi https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor.

Pembentangan juga disiarkan melalui media sosial Media Selangor seperti Instagram, X, Telegram, TikTok selain di MYTV MANA-MANA.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.