ad
ADN

DUN Kampung Tunku peruntuk RM81,700 naik taraf laluan pejalan kaki

8 Nov 2024, 5:45 AM
DUN Kampung Tunku peruntuk RM81,700 naik taraf laluan pejalan kaki

SHAH ALAM, 8 NOV: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku memperuntukkan sejumlah RM81,700 untuk menaik taraf laluan pejalan kaki di taman permainan di Jalan SS2/48.

Lim Yi Wei berkata kerja naik taraf yang memanfaat penduduk setempat itu dilaksana menerusi dana negeri di bawah Projek Selangor Penyayang (PSP).

"Laluan pejalan kaki ini agak usang dan sempit... jadi kita naik taraf mengikut spesifikasi terkini selain lebih selamat digunakan untuk penduduk setempat terutama warga emas.

"Projek naik taraf ini bermula September lalu dan selesai dalam tempoh sebulan. Diharap dengan menaik taraf laluan ini beri keselesaan kepada penduduk dan mereka memanfaatkannya dengan lebih baik," katanya dihubungi.

Sebelum ini, menerusi peruntukan PSP, Yi Wei menaik taraf beberapa infrastruktur daif di sekolah antaranya membaiki paip dan saliran bumbung serta pengalisan air (waterproofing).

Beliau juga menggunakan dana itu untuk pembinaan pagar anti panjat sepanjang 100 meter di Jalan SS 9A/19, Petaling Jaya.

Dato’ Menteri Besar ketika membentang Belanjawan 2024 memaklumkan RM24juta diperuntuk bagi meningkatkan kualiti fasiliti awam dan membina prasarana baharu.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata RM10 juta diperuntuk bagi mengecat dan memperbaiki fasiliti pangsapuri kos rendah serta sederhana melebihi 15 tahun manakala RM14 juta diperuntuk kepada 56 DUN dengan setiap daripadanya menerima RM250,000.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.