ad
AGENDA

14 warga asing dipercayai sindiket penipuan pelaburan dalam talian ditahan

7 Nov 2024, 2:30 PM
14 warga asing dipercayai sindiket penipuan pelaburan dalam talian ditahan

SHAH ALAM, 7 NOV: Polis menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan pusat panggilan skim penipuan pelaburan dalam talian di Hulu Kelang, Ampang, 29 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata dalam operasi pada 9.30 malam itu 14 warga asing ditahan dan sejumlah peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan berkenaan turut dirampas.

"Rampasan antaranya membabitkan 151 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga komputer riba, modem, iPad Pro, jam tangan mewah dan 15 keping mata wang asing.

"Polis percaya kesemua yang ditahan berperanan sebagai petugas khidmat pelanggan berkait skim penipuan pelaburan dalam talian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mereka direman 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/63 selepas tamat reman polis selama tujuh hari.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.