ad
BERITA UTAMA

Cabaran besar dorong negeri rangka strategi kukuh rantaian makanan

7 Nov 2024, 9:00 AM
Cabaran besar dorong negeri rangka strategi kukuh rantaian makanan
Cabaran besar dorong negeri rangka strategi kukuh rantaian makanan
Cabaran besar dorong negeri rangka strategi kukuh rantaian makanan

KAHERAH, 7 NOV: Tiga cabaran besar berlaku berturut-turut beberapa tahun lalu menyedarkan Selangor untuk merangka strategi mengukuhkan jaminan rantaian makanan di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar berkata pandemik Covid-19 sejak 2020, ketidaktentuan politik dan banjir besar 2021 mendorong pentadbirannya lebih serius memikirkan rantaian makanan bagi membantu penduduk terkesan.

“Dari situ, kami mula mengenal pasti strategi, mengetahui dan melindungi kawasan tanah, mengimplementasi teknologi serta menggalakkan lebih ramai orang muda untuk bertahan.

“Pada masa yang sama untuk memastikan bahawa kita mempunyai cukup penyediaan selama tiga atau empat bulan berdasarkan jenis rantaian yang kami wujudkan di Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian dalam forum antarabangsa “Affordable Living For All, Food Security in Selangor Cities” sempena World Urban Forum ke-12 (WUF12) di Pusat Pameran Antarabangsa Egypt di sini.

[caption id="attachment_671886" align="alignnone" width="944"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika sesi pembentangan di World Urban Forum ke-12 di Kaherah Mesir pada 6 Nov 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Berkongsi pengalaman pentadbirannya di depan kira-kira 100 hadirin, Amirudin berkata Kerajaan Negeri berusaha menawarkan rantaian makanan sendiri sekali gus mengurang kebergantungan kepada barang import.

Susulan itu, beliau mengaragkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenal pasti tanah yang boleh dijadikan kawasan pertanian dalam bandar untuk komuniti setempat.

Menurut Amirudin lagi, Majlis Bandaraya Petaling Jaya ketika ini telahpun mengenai pasti lebih 30 kawasan tanah yang boleh diusahakan bagi tujuan pertanian dalam bandar.

Mengambil pengalaman pengurusan wabak Covid-19, beliau berkata Kerajaan Negeri merangka pelan bagi memastikan bekalan makanan berkhasiat mencukupi selama tiga bulan menjelang 2037 yang boleh dinikmati penduduk jika berlaku bencana.

Justeru, Amirudin berkata pihaknya meningkatkan upaya penghasilan tanaman padi dalam lima musim di Sekinchan termasuk di kawasan lain yang sesuai bagi memastikan bekalan makanan mencukupi.

[caption id="attachment_671898" align="alignnone" width="817"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika melawat Rumah Selangor di Kaherah, Mesir pada 6 Nov 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Bercakap kepada mahasiswa dalam forum berasingan di Kedutaan Malaysia di sini semalam, Amirudin berkata model penanaman padi di Sekinchan dalam tempoh dua tahun bakal diperluaskan di Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Tanjung Karang,

“Tanaman lima kali dalam tempoh dua tahun itu bukan disebabkan benih tetapi cara kita menguruskan tanah kawasan padi,” katanya di depan kira-kira 100 mahasiswa Universiti Al-Azhar daripada pelbagai negeri.

Beliau turut menjelaskan kerajaan sedang mengusahakan penanaman jagung bijirin dalam skala yang besar untuk dijadikan makanan ayam dan lembu bagi mengelak kebergantungan import makanan haiwan itu yang mencecah RM1 hingga RM2 bilion.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.