ad
AGENDA

Jakim saring ketat pelantikan guru Kafa, ikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah

7 Nov 2024, 3:30 AM
Jakim saring ketat pelantikan guru Kafa, ikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jakim saring ketat pelantikan guru Kafa, ikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah

SHAH ALAM, 7 NOV: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat penilaian ketat dalam pelantikan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) menggunakan mekanisme aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan langkah itu bagi memastikan pendidik yang dilanti menyampaikan ajaran sebenar kepada pelajar.

“Ini bagi memastikan murid-murid menerima pendidikan Kafa sebenar daripada sudut asas. Maka, sudah tentu tapisan awal terhadap guru Kafa sangat penting.

“Kalau tidak ditapis dan mereka tidak faham konteks membina murid, ia akan mencacatkan falsafah Kafa yang menjurus ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

[caption id="attachment_671861" align="aligncenter" width="794"] Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. Foto BERNAMA[/caption]

Beliau menjawab soalan tambahan wakil rakyat Tenggara Manndzri Nasib berhubung pelantikan guru Kafa dan langkah kerajaan dalam memperkasa program berkenaan di seluruh negara.

Dalam pada itu, Dr Mohd Na'im berkata seramai 35,000 guru Kafa dilantik setakat ini bagi mendidik serta memperkukuh agama Islam anak-anak dan akan diteruskan tahun depan.

Jelasnya, sebanyak 1,500 guru ditambah tahun depan seperti diumumkan dalam Belanjawan Madani 2025 bulan lalu untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Kerajaan menjajarkan nisbah guru dan murid 1:3, justeru cadangan menambah 1,500 guru lagi tahun depan menunjukkan kerajaan serius dalam mempertingkat kualiti pendidikan Kafa.

“Langkah ini (turut) menyelesaikan isu kekurangan guru, pertambahan murid dan tambahan kelas pendidikan khas,” katanya lagi mengulas perkara itu.

Kerajaan memperuntuk RM2 bilion kepada Jakim bagi memperkasa hal ehwal Islam, termasuk menambah kuota guru Kafa dan menyelenggara prasarana pendidikan di sekolah pondok juga tahfiz.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.