ad
AGENDA

Sultan nasihat belajar sungguh-sungguh, tamatkan pengajian dengan cemerlang

6 Nov 2024, 11:00 AM
Sultan nasihat belajar sungguh-sungguh, tamatkan pengajian dengan cemerlang
Sultan nasihat belajar sungguh-sungguh, tamatkan pengajian dengan cemerlang
Sultan nasihat belajar sungguh-sungguh, tamatkan pengajian dengan cemerlang

KAHERAH, 6 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menasihati penuntut universiti di timur tengah supaya belajar bersungguh-sungguh dan menamatkan pelajaran dengan cemerlang.

Nasihat itu disampaikan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj melalui Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beberapa hari sebelum pemimpin negeri berkenaan tiba di sini sempena lawatan kerja.

“Kita mahukan tradisi pengembangan ilmu dan pengetahuan yang sekian lama wujud digembleng dengan cukup pesat.

[caption id="attachment_671768" align="alignleft" width="474"] Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari menghadiri Perasmian Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah Tahun 2024 di Hotel Intercontinental Kaherah Mesir pada 5 Nov 2024.
FOTO HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

“Malah perkara ini sudah sampai ke bawah DYMM Tuanku. Tuanku nasihatkan (penuntut) dapat habiskan pelajaran dengan cemerlang selain bersungguh-sungguh cari pengalaman yang baik,” katanya.

Berucap di hadapan lebih 200 mahasiswa pada perasmian konvensyen di sebuah hotel di sini, Amirudin turut mengingatkan pelajar terbabit supaya tidak mensia-siakan harapan ibu bapa dan keluarga masing-masing.

Beliau juga berharap mahasiswa dapat menyumbang ilmu dan pengetahuan kepada masyarakat sebaik tamat pengajian terutama dalam mengembangkan bidang pendidikan, pengkajian serta halal di Selangor.

“Kalian pulang dari Mesir akan bawa gelaran dari Universiti Al-Azhar atau universiti lain di Timur Tengah. Sudut pandang jadi lebih tinggi dan jangan kecewakannya dengan kegagalan.

[caption id="attachment_671770" align="alignright" width="483"] Dato Menteri Besar Amirudin Shaari berucap bersempena Perasmian Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah Tahun 2024 di Hotel Intercontinental Kaherah Mesir pada 5 Nov 2024.
FOTO HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

“Marilah kita kembangkan fikiran dengan ilmu pengetahuan tentang agama Islam untuk perkasa bidang-bidang berkaitan,” katanya lagi.

Berlangsung dari 5 hingga 7 November, konvensyen itu menyaksikan pembentangan kertas kerja oleh 22 pembentang dari Malaysia, Jordan, Mesir, Maghribi dan Arab Saudi yang menyentuh isu semasa selain sesi dialog, pendengaran awam serta forum.

Sebelum ini, Amirudin berkata konvensyen itu bertujuan memanfaatkan hubungan antara Kerajaan Negeri dan mahasiswa Selangor Timur Tengah.

Penganjurannya juga menurut beliau bagi menggarap pemikiran positif mahasiswa untuk diterapkan dan dijadikan asas pembangunan jati diri yang kukuh serta mampan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.