SHAH ALAM, 6 NOV: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerah agihan wakaf tunai berjumlah RM14,750 kepada Masjid Al-Ubudiah, Seksyen 19, Shah Alam baru-baru ini.
Menerusi Facebook, perbadanan itu memaklumkan sumbangan berkenaan bagi pemasangan sebuah unit lif di institusi itu.
“Serahan cek cura telah disampaikan oleh Pengurus Bahagian Korporat PWS Muhammad Hafiz Bahari kepada nazir masjid Mohamad Amiruddin Sarmany.
“Dalam majlis itu, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS Muhammad Hafizuddin Mohamad Shahril turut menyampaikan kuliah Maghrib khas bertajuk 'Indahnya Berwakaf' menyentuh mengenai fadhilat dalam melaksanakan ibadah wakaf,” katanya.
Tambah PWS, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memudahkan para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.
Wakaf tunai boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://fpx.wakafselangor.gov.my/ atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor