ad
AGENDA

Suruhanjaya Persaingan sedia laporan kajian aktiviti kartel beras, padi

6 Nov 2024, 5:11 AM
Suruhanjaya Persaingan sedia laporan kajian aktiviti kartel beras, padi

SHAH ALAM, 6 NOV: Dewan Rakyat diberitahu hari ini Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menyediakan laporan kajian berkaitan kartel padi dan beras dalam menangani kenaikan harga barang.

Timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup berkata kajian itu termasuk kemungkinan penyalahgunaan kedudukan dominan syarikat yang mengawal bekalan benih dan import.

"Dalam membantu golongan petani, MyCC menyiapkan laporan kajian berkaitan kartel dan padi beras, tetapi tidak boleh didedahkan di sini sehingga laporan rasmi (disiarkan)," kata Fuziah Salleh.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berhubung tindakan terhadap kartel dan aktiviti monopoli yang mempengaruhi harga jualan bahan mentah.

Dalam pada itu, Fuziah memaklumkan MyCC boleh mengambil tindakan terhadap syarikat jika didapati berlakunya monopoli dan kartel dalam rantaian sesuatu bekalan untuk mengaut keuntungan.

"Contohnya pada 2019, sebuah syarikat dihukum kerana menyalahgunakan kedudukan dominan. Di sini MyCC memainkan peranan dan ambil tindakan jika ada monopoli atau kartel," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.