ad
AGENDA

Dua kilang papan dan besi di Sungai Buloh musnah terbakar

6 Nov 2024, 4:57 AM
Dua kilang papan dan besi di Sungai Buloh musnah terbakar

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Dua kilang papan dan besi di Jalan Welfare, Kampung Baru Cina Sungai Buloh di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.36 pagi.

“Sepasukan 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Bukit Jelutong, BBP Selayang dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba dua buah kilang berkenaan telah terbakar 60 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis bagaimanapun berkata kebakaran itu tidak melibatkan mangsa.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.