ad
AGENDA

Jepun lancar satelit kayu pertama dunia, teroka bulan dan Marikh

6 Nov 2024, 3:05 AM
Jepun lancar satelit kayu pertama dunia, teroka bulan dan Marikh

ANKARA, 6 NOV: Jepun pada Selasa melancarkan satelit kayu pertama di dunia ke angkasa lepas, lapor Agensi Anadolu.

Satelit yang diperbuat daripada kayu ini akan digunakan untuk penerokaan bulan dan Marikh.

LignoSat, dinamakan sempena perkataan Latin untuk kayu, dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy milik NASA di AS dengan menaiki roket SpaceX menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

LignoSat, yang dibangunkan hasil kerjasama Universiti Kyoto dan syarikat pembinaan rumah Sumitomo Forestry, bersaiz sebesar tapak tangan dan direka untuk menunjukkan potensi kosmik bahan yang boleh diperbaharui semasa manusia meneroka kehidupan di angkasa lepas.

Satelit ini akan kekal di orbit selama enam bulan, sebaik sahaja dilancarkan ke angkasa.

-BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.