ad
AGENSI

Hijrah Selangor tawar pembiayaan hingga RM50,000, bantu usahawan kembang niaga

5 Nov 2024, 3:00 PM
Hijrah Selangor tawar pembiayaan hingga RM50,000, bantu usahawan kembang niaga
Hijrah Selangor tawar pembiayaan hingga RM50,000, bantu usahawan kembang niaga

SHAH ALAM, 5 NOV: Usahawan di negeri ini yang memerlukan modal untuk mengembangkan perniagaan dipelawa memohon pembiayaan ditawarkan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor).

Agensi itu memaklumkan Skim i-Bisnes dan Niaga Darul Ehsan (NaDi) menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan serta menambah modal pusingan.

“Skim i-Bisnes dan NaDi menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 bagi membantu usahawan. Layari hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut atau imbas kod QR (poster di bawah) untuk permohonan dalam talian,” katanya di Facebook.

Pada 11 September, Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Selangor berkata pihaknya meluluskan 90,475 pembiayaan sejak awal penubuhannya pada 2015 hingga Ogos lalu.

Jelas Dato’ Mearia Hamzah, pembiayaan itu telah memanfaat 60,249 usahawan Hijrah Selangor, sekali gus membantu mereka melakukan pusingan modal perniagaan serta membeli kelengkapan perniagaan.

Sebelum ini Mearia memaklumkan pihaknya meletak sasaran untuk memberi pinjaman RM1 bilion kepada usahawan sempena sambutan ulang tahun kesembilan agensi itu pada tahun ini.

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.