ad
AGENSI

Ringan beban mangsa bencana Sabak Bernam, MBI hulur bantuan tunai

5 Nov 2024, 6:00 AM
Ringan beban mangsa bencana Sabak Bernam, MBI hulur bantuan tunai

SABAK BERNAM, 5 NOV: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyerahkan bantuan wang tunai kepada tujuh keluarga di sekitar Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, yang terkesan bencana ribut dan banjir pada Julai.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata setiap keluarga menerima bantuan sejumlah RM1,000 buat mangsa bencana ribut manakala banjir (RM500).

Jelasnya lagi, bantuan pendidikan sebanyak RM1,000 turut diberikan kepada seorang pelajar bagi meringankan beban untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Sumbangan yang dibuat kepada tujuh bagi mangsa bencana dan satu membabitkan pendidikan membabit permohonan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar melalui wakil rakyatnya Datuk Rizam Ismail.

“Sebagai tanda keprihatinan, Yayasan MBI meluluskan semua permohonan bantuan wang tunai ini untuk memenuhi keperluan mereka,” katanya ditemui selepas Majlis Penyampaian sumbangan dibuat di Pusat khidmat DUN Sungai Air Tawar, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berharap sumbangan yang diberi membantu menguruskan kehidupan penerima selain membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri membantu rakyat memerlukan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.