ad
BERITA UTAMA

SIBS siri kedua catat RM1.66 bilion nilai transaksi, lepasi sasaran awal

3 Nov 2024, 2:00 PM
SIBS siri kedua catat RM1.66 bilion nilai transaksi, lepasi sasaran awal
SIBS siri kedua catat RM1.66 bilion nilai transaksi, lepasi sasaran awal
SIBS siri kedua catat RM1.66 bilion nilai transaksi, lepasi sasaran awal
SIBS siri kedua catat RM1.66 bilion nilai transaksi, lepasi sasaran awal

SHAH ALAM, 3 NOV: Sidang Kemuncak Niaga Selangor (SIBS) siri kedua 2024 yang berlangsung Oktober lalu mencatat nilai transaksi sebanyak RM1.66 bilion, kata EXCO pelaburan.

Menurut Ng Sze Han, jumlah itu melebihi hampir 50 peratus daripada sasaran awal RM800 juta membabitkan sektor makanan dan minuman (RM600 juta), perubatan (RM15 juta) dan bandar pintar dan ekonomi digital (RM200 juta).

[caption id="attachment_649402" align="aligncenter" width="787"] EXCO Pelaburan Ng Sze Han ketika sidang media selepas perasmian Sidang Kemuncak Niaga Selangor (SIBS) 2024 di Sheraton Petaling Jaya Hotel, Petaling Jaya pada 25 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Pencapaian ini membuktikan kemampuan Selangor menjana pertumbuhan ekonomi, inovasi serta menawar peluang dalam pelbagai sektor industri.

“Kita akan terus bersama-sama membina masa depan dalam bidang perniagaan dan perdagangan,” katanya di Facebook.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 16 hingga 20 Oktober, sidang bertaraf antarabangsa itu mempergiatkan lagi usaha negeri untuk memperkukuh status sebagai pintu masuk industri di rantau Asean dan dunia.

Sidang selama empat hari itu meliputi Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman) atau SIE F&B, Konvensyen Sains Hayat Selangor (SLC) serta Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC).

[caption id="attachment_671271" align="aligncenter" width="812"] Pengunjung hadir melihat ke pelbagai reruai yang mempromosi pelbagai produk ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 17 OKtober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada siri pertama yang berlangsung pada 25 hingga 27Julai, progran anjuran Invest Selangor itu menjana nilai transaksi RM12.2 bilion, hampir dua kali ganda daripada sasaran keseluruhan RM7 bilion.

Acara berkenaan turut menarik kehadiran 8,500 pelawat selain turut disertai negara jiran Asean, Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Jepun, dan United Kingdom.

[caption id="attachment_671272" align="aligncenter" width="812"] Pengunjung hadir melihat ke pelbagai reruai yang mempromosi pelbagai produk ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 17 OKtober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.