ad
BERITA UTAMA

Negeri cadang majukan 373 kampung tradisi, kekal identiti, nilai budaya

3 Nov 2024, 10:00 AM
Negeri cadang majukan 373 kampung tradisi, kekal identiti, nilai budaya
Negeri cadang majukan 373 kampung tradisi, kekal identiti, nilai budaya

SHAH ALAM, 3 NOV: Semua 373 kampung tradisi di negeri ini akan dibangunkan dengan lebih pesat namun masih mengekalkan identiti dan budaya setiap kawasan.

EXCO Pembangunan Desa Dato’ Rizam Ismail berkata langkah itu akan memberi nilai tambah terutama aspek keselesaan dan kesejahteraan hidup selain meningkatkan pendapatan ekonomi setempat.

"Berikutan itu, kita berharap akan menerima peruntukan besar dalam Belanjawan Selangor 2025 yang akan diumum pada 15 November ini supaya rancangan berkenan dapat dijayakan.

[caption id="attachment_671230" align="alignleft" width="443"] EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Datuk Rizam Ismail berucap ketika majlis perasmian Karnival Ban Canal 2023 di Parit 14, Sabak Bernam pada 10 Disember 2023. Foto: FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Selain rancangan menyusun semua kampung tradisi, kita juga mahu adakan pelbagai program namun akan pastikan nilai dan warisan kampung tidak terhakis. Usaha ini juga akan mempromosi Selangor dan mampu meningkatkan sektor pelancongan,” katanya kepada SelangorKini.

Dalam masa sama Rizam berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam menjayakan program Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) yang dilihat mampu membantu ekonomi penduduk desa,

“RM600 juta daripada keseluruhan peruntukan RM1 bilion untuk merancakkan ekonomi pedesaan. Ini sedikit sebanyak bantu penduduk desa terutama dalam industri kecil sederhana dan kita sedia bekerjasama,” katanya.

Ketika membentang intipati belanjawan 2025 pada 18 Oktober, perdana menteri memaklumkan peruntukan RM600 juta bagi merancakkan ekonomi pedesaan di kampung, bandar pedalaman serta perkampungan Orang Asli.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah itu sebahagian daripada RM1 bilion yang diperuntukkan selain RM200 juta bagi memperluas program Kampung Angkat MADANI serta RM100 juta kepada universiti awam untuk melaksanakan program berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.