ad
AGENDA

MB: Jayakan Tahun Melawat Selangor 2025, dana pelancongan ditambah

3 Nov 2024, 7:07 AM
MB: Jayakan Tahun Melawat Selangor 2025, dana pelancongan ditambah
MB: Jayakan Tahun Melawat Selangor 2025, dana pelancongan ditambah

SEPANG, 3 NOV: Kerajaan Negeri berhasrat menambah peruntukan sektor pelancongan dalam belanjawan tahun depan bagi menjayakan Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS25).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sektor itu menerima peruntukan RM5.3 juta pada tahun ini bagi melaksana perancangan menjelang TMS25.

“Kita telah lihat pelbagai perancangan dan nanti saya akan umumkan dalam Belanjawan 2025, khususnya produk pelancongan yang menarik untuk pelancong.

“Tahun (belanjawan) sebelum ini kita sediakan RM5.3 juta untuk pelancongan dan nanti kita akan tambah jumlah tersebut,” katanya selepas melancarkan logo Tahun Melawat Selangor 2025, hari ini.

[caption id="attachment_671255" align="alignnone" width="881"] Aksi pelumba ketika perlumbaan Tissot Sprint pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 2 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau ditemui di reruai Tourism Selangor sempena perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang di sini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan Mat Yusop dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad.

Dalam pada itu, Amirudin berkata Selangor bukan sekadar menawarkan pelancongan moden namun turut memiliki pelbagai pilihan lokasi pelancongan estetik.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menyasar kehadiran lapan juta pelancong sempena TMS25 membabitkan pelancong tempatan dan antarabangsa.

“Kempen ini akan menyerlahkan kepelbagaian tawaran pelancongan negeri, termasuk pelancongan eko dan agro, taman tema, pelancongan perubatan, pengalaman kulinari dan pelancongan sukan,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.