SHAH ALAM, 3 NOV: Program atau aktiviti yang melibatkan semua kaum perlu diadakan lebih kerap bagi mengukuh kesepakatan dan perpaduan penduduk Selangor.
Justeru EXCO perpaduan merancang acara sedemikian dianjurkan sepanjang tahun depan bagi memastikan kesejahteraan dan sikap toleransi penduduk terus terjalin.
“Kita harap menerusi Belanjawan Selangor 2025 akan ada peruntukan tinggi untuk jawatankuasa perpaduan. Sebab kita mahu adakan pelbagai program disertai semua kaum.
“Selangor memiliki penduduk berbilang kaum sekali gus menjadi mini Malaysia. Ini juga sebagai usaha membentuk semangat bersatu padu antara rakyat negara ini.
"Kita mahu Malaysia terus aman tanpa ada isu kaum, agama atau yang memecahkan rakyat,” kata Datuk Rizam Ismail kepada Selangorkini.
Belanjawan negeri tahun depan akan dibentang Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 15 November ini.
Berlangsung di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS), laporan pembentangan boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selang
Orang ramai juga boleh menonton pembentangan tersebut menerusi https://selangortv.
Siaran langsung itu juga boleh diikuti melalui laman sosial Media Selangor seperti Instagram, X, Telegram, TikTok selain ditonton di MYTV MANA-MANA