ad
BERITA UTAMA

Muzium Sultan Alam Shah dibuka semula Disember, pameran alam kubur 3D antara tarikan

3 Nov 2024, 6:00 AM
Muzium Sultan Alam Shah dibuka semula Disember, pameran alam kubur 3D antara tarikan
Muzium Sultan Alam Shah dibuka semula Disember, pameran alam kubur 3D antara tarikan

SHAH ALAM, 3 NOV: Muzium Sultan Alam Shah di Seksyen 14 di sini dijangka dibuka semula kepada pengunjung pada Disember depan, maklum EXCO kebudayaan.

Dato' Borhan Aman Shah berkata pelbagai tarikan baharu disediakan antaranya termasuklah pameran alam kubur 3D, sejarah warisan makanan dan perkahwinan kaum di Selangor.

[caption id="attachment_662011" align="aligncenter" width="759"] Wawancara EXCO Perumahan dan Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 28 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Antara tarikan terbaharu yang lain menanti pengunjung ruangan khas buat kanak-kanak iaitu Kidzone dan semua pameran akan tampil dengan wajah baharu.

“Pengubahsuaian masih dibuat dan dijangka akan beroperasi semula pada hujung tahun ini. Petugas Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor sedang menyiapkan bahan pameran dan menyusun artifak,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Borhan memaklumkan muzium itu akan memperkenalkan konsep baharu iaitu pengaplikasian teknologi terkini dengan menggunakan kod QR bagi memudahkan pengunjung mengakses maklumat.

Muzium ini ditutup sementara sejak 2019 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf membabitkan tiga galeri iaitu galeri sejarah, galeri adat dan kebudayaan serta galeri alam semula jadi.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.