ad
AGENDA

Rangka manusia bersama serpihan telefon ditemukan di kebun durian

3 Nov 2024, 4:57 AM
Rangka manusia bersama serpihan telefon ditemukan di kebun durian

BALIK PULAU, 3 NOV: Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia di kawasan kebun durian di Jalan Besar Pulau Betong di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata pihak polis menerima maklumat berhubung penemuan beberapa tulang dan rangka di kawasan kebun durian yang terletak di lereng berbukit itu pada 12.35 tengah hari.

“Siasatan awal di lokasi kejadian berjaya menemukan beberapa tulang dan lokasi timbunan tanah bersama rangka disyaki manusia.

“Turut dijumpai di lokasi sama ialah serpihan telefon, cawan, gulungan dawai, periuk besi dan serpihan kipas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sazalee berkata tulang dan rangka berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu keputusan laporan bedah siasat dan laporan forensik.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.