ad
AGENDA

Pesta Buku Antarabangsa Selangor berlangsung tujuh hari mulai 27 November

3 Nov 2024, 2:01 AM
Pesta Buku Antarabangsa Selangor berlangsung tujuh hari mulai 27 November
Pesta Buku Antarabangsa Selangor berlangsung tujuh hari mulai 27 November
Pesta Buku Antarabangsa Selangor berlangsung tujuh hari mulai 27 November
Pesta Buku Antarabangsa Selangor berlangsung tujuh hari mulai 27 November
Pesta Buku Antarabangsa Selangor berlangsung tujuh hari mulai 27 November

SHAH ALAM, 3 NOV: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 akan membuka tirai pada 27 November sehingga 3 Disember ini di Pusat Konvensyen Setia City, di sini.

Menyasarkan lebih 300,000 pengunjung sepanjang tujuh hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya bual bicara dengan sasterawan negara, aktiviti mewarna, melukis, cabutan bertuah selain terdapat lebih 400 reruai.

Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor turut diadakan sepanjang SIBF 2024 bagi memperkasa agenda Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM)

Sebelum ini, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad memaklumkan pesta buku tahun ini disertai pempamer, penerbit, penulis, pemain industri buku daripada pelbagai negara luar seperti China, Indonesia, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

SIBF julung kali dianjurkan pada 2022, merupakan kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

Bermula tahun lalu, Kerajaan Negeri turut menganjur Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor bertempat di Kompleks PKNS, melibatkan penyertaan penulis, penerbit dan penjual buku tempatan.

[caption id="attachment_671155" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 yang berlansung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 2 Disember 2023.. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_671156" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai melihat koleksi buku terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 2 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_671157" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung memilih buku sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 3 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.