ad
BUDAYA

Kenyataan

2 Nov 2024, 12:30 AM
Kenyataan

kala duri hitam menumbuh

dalam daging kita,

benak kita semakin tenteram

untuk menumpangkan racun

darinya, badan tidak pedih

mengalirkan darah yang

paling cemar kerananya

kita tidak lagi

merintih sakit atau teringin

mencabutnya

dalam waktu semakin bertumbuh noda,

nurani kita remuk-redam untuk

melahirkan jiwa-jiwa yang lembut

dan sebujur mata yang berkaca jujur

sedang kita

telah dihadapankan dengan

kenyataan ; buat kini dan selamanya,

kita yang membentuk ruang untuk

untuk kita hidup.

 

Clariessa Kesulai

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.