ad
AGENDA

Angka korban Palestin meningkat kepada 43,259, lebih 100,000 cedera

1 Nov 2024, 12:56 PM
Angka korban Palestin meningkat kepada 43,259, lebih 100,000 cedera

GAZA, 1 NOV: Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 55 rakyat Palestin dan mencederakan 186 yang lain, menurut laporan perubatan.

Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober tahun lalu meningkat kepada 43,259 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 101,827 individu mengalami kecederaan. Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa yang cedera dan mengambil mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya merentasi kawasan yang dilanda perang, kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam.

Pembunuhan beramai-ramai oleh Israel berterusan tanpa henti walaupun terdapat gesaan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk gencatan senjata segera dan arahan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menggesa langkah pencegahan pembunuhan beramai-ramai dan mengurangkan situasi kemanusiaan yang meruncing di Gaza.

- BERNAMA-WAFA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.