SUBANG JAYA, 1 NOV: Kerja penstabilan cerun di kawasan tanah runtuh di Taman Wawasan, di sini selesai sepenuhnya pada 28 Oktober lalu.
Ahli Dewan Negeri Kinrara Ng Sze Han berkata projek menelan belanja RM12.2 juta yang ditangguh sepenuhnya oleh pemaju Wawasan Indera Sdn Bhd melibatkan dua fasa.
[caption id="attachment_670944" align="aligncenter" width="737"] Ahli Dewan Negeri Ng Sze Han Kinrara bercakap kepada media selepas sidang media pengistiharan bebas bencana dan insiden tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9, Taman Wawasan, Subang Jaya pada 1 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Pada fasa penstabilan sementara bermula 17 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 melibatkan pembaikan longkang monsun sepanjang 83 meter dan pemasangan 775 batang cerucuk kepingan keluli.
“Seterusnya, fasa penstabilan kekal sejak 13 Mei hingga 24 Oktober membabitkan pembinaan semula struktur jalan, longkang monsun, pembaikan kerosakan struktur rumah yang terkesan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
[caption id="attachment_670943" align="aligncenter" width="810"] Ahli Dewan Negeri Kinrara Ng Sze Han (dua, kanan) diiringi Timbalan Yang Dipertua Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Zulkurnain Che Ali diberi penerangan oleh Pengarah Kejuruteraan MBSJ Ir Dr Mohd Ariffuddin Kamari selepas sidang media pengistiharan bebas bencana dan insiden tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9, Taman Wawasan, Subang Jaya pada 1 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Beliau yang juga EXCO mobliti memberitahu semua penduduk yang terjejas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing bermula hari ini.
Jelasnya lagi, kawasan kejadian ini disytiharkan bebas bencana setelah mengambil kira pandangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling dan meneliti laporan Bahagian Kejuteraan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
“Sepanjang kerja pembaikan, MBSJ menyediakan pusat penempatan sementara di Pangsapuri Permata Sarim Taman Wawasan yang disediakan MBSJ.
“Selebihnya iaitu menginap di hotel dan tinggal bersama keluarga lain. Namun, mereka telah pulang ke kediaman masing-masing hari ini,” kongsinya.
Pada 16 Disember, seramai 29 penghuni di sembilan rumah teres kawasan berkenaan diarah berpindah atas faktor keselamatan, susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 kira-kira 7.30 malam turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
[caption id="attachment_619113" align="aligncenter" width="725"] Keadaan tanah runtuh yang turut menyebabkan kerosakan sebuah kereta yang diletakkan di hadapan rumah di Taman Wawasan 3, Puchong pada 16 Disember 2023. Foto Facebook Ng Sze Han[/caption]