ad
BERITA UTAMA

Pam air Taman Sri Muda dipantau, EXCO diarah sedia depani banjir

1 Nov 2024, 12:37 AM
Pam air Taman Sri Muda dipantau, EXCO diarah sedia depani banjir
Pam air Taman Sri Muda dipantau, EXCO diarah sedia depani banjir

SHAH ALAM, 1 NOV: Setiap pam air yang terdapat di Taman Sri Muda dipantau bagi memastikan infrastruktur itu terus berfungsi dengan baik, kata Dato’ Menteri Besar.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, setakat ini semua pam air beroperasi sepenuhnya termasuk jenis mudah alih yang dibeli bertujuan mengurangkan risiko banjir.

“Selepas menaik taraf pam air di Taman Sri Muda ia amat membantu di samping pelaksanaan projek mendalamkan Sungai Klang. Projek ini membantu pengaliran air dan mengelak banjir besar seperti berlaku pada 2021.

“Malah, dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kita memutuskan untuk terus memantau semua pam air di Taman Sri Muda,” katanya ketika program Ziarah Rahmah Deepavali semalam.

[caption id="attachment_670860" align="alignnone" width="854"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua kiri) bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad (kiri) bergambar bersama M. Mohankumar, 32 (dua kanan) dan V.Shapritha,32 (kanan) dan Kiyashkumar,3 turut hadir EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu (kanan) bergambar ketika hadir pada Ziarah Rahmah Deepavali di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 31 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Terdahulu, Amirudin diiringi EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu mengunjungi bertemu M Kiyashkumar kanak-kanak yang diselamatkan ketika banjir besar melanda Sri Muda pada Disember 2021.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan pihaknya juga mengarahkan semua barisan kepimpinan (EXCO) kekal berada dalam negara terutama pada Disember nanti.

“Ini kerana kita khuatir mungkin peristiwa banjir boleh berulang dan kehadiran EXCO semua boleh membantu dalam mengambil langkah-langkah susulan jika berlaku kejadian sama,” ujarnya.

Sebelum ini, Taman Sri Muda antara kawasan terjejas teruk dalam bencana banjir pada Disember 2021, yang meragut 25 nyawa termasuk enam warga asing di Selangor.

Selain memberi bantuan RM1,000 kepada 114,081 ketua isi rumah terjejas akibat banjir, Selangor turut bertungkus-lumus menggerakkan usaha membersih sisa banjir dari rumah dan premis perniagaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.