ad
BERITA UTAMA

Skim air percuma Selangor mudah dimohon, bantu ringan beban rakyat

31 Okt 2024, 12:00 PM
Skim air percuma Selangor mudah dimohon, bantu ringan beban rakyat
Skim air percuma Selangor mudah dimohon, bantu ringan beban rakyat
Skim air percuma Selangor mudah dimohon, bantu ringan beban rakyat
Skim air percuma Selangor mudah dimohon, bantu ringan beban rakyat

SHAH ALAM, 31 OKT: Insiatif air percuma menerusi Skim Air Darul Ehsan (SADE) meringankan beban rakyat yang memerlukan selain mudah dimohon.

[caption id="attachment_670822" align="alignright" width="337"] Kakitangan awam, Norsyazwani Mohamed Rashid[/caption]

Kakitangan awam, Norsyazwani Mohamed Rashid, 35, berkata permohonan diproses dalam tempoh hanya dua minggu selain dibuat secara dalam talian tanpa perlu berurusan di kaunter.

“Dua minggu sudah dapat keputusan mengatakan layak. Bila tengok bil sudah ada diskaun menyatakan bayaran air 20 meter padu oleh Kerajaan Negeri.

“Rugi jika layak tapi tidak memohon kerana walaupun jumlah tidak terlalu besar, tapi sekurang-kurangnya masih boleh jimat duit,” katanya.

Bagi kakitangan swasta, Mohd Adiran Aswad Ismail, 35, beliau mendaftar program itu ketika mengunjungi reruai Air Selangor pada hari terbuka penduduk Kuala Selangor di Saujana Utama, Sungai Buloh.

[caption id="attachment_670823" align="alignleft" width="367"] Suri rumah, Norseyha Sugeharto[/caption]

“Memang elok buka kaunter di tempat kunjungan ramai kerana masih ada yang tidak tahu mengenai program ini. Mungkin mereka sangka masih dapat automatik seperti dulu.

“Patut disebar luas kerana dengan penjimatan ini ia dapat membantu rakyat secara tidak langsung,” katanya.

Suri rumah, Norseyha Sugeharto, 35, berkata beliau akan mendaftar segera program itu sebelum tarikh akhir pada 31 Disember tahun ini.

“Saya baru tahu mengenai skim ini. Sudah pasti saya berminat untuk mendaftar. Walaupun bil air setiap bulan tidaklah terlalu tinggi, tetapi sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan perbelanjaan bulanan.

[caption id="attachment_670821" align="alignright" width="388"] Kakitangan swasta, Mohd Adiran Aswad Ismail[/caption]

“Skim ini wajar diuar-uarkan dengan lebih meluas bagi memastikan lebih ramai lagi yang layak dibantu,” katanya.

Sebelum ini Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata warganegara yang menetap atau menyewa di Selangor dengan pendapatan isi rumah bawah RM5,000 dipelawa memohon SADE iaitu skim air percuma 20 meter padu pertama sebulan itu.

Maklumat lanjut mengenai SADE boleh didapati di pautan www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan/.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sebelum ini menyeru penduduk yang layak memohon SADE bagi memenuhi sasaran 600,000 akaun menikmati insiatif air percuma.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.