ad
AGENDA

Saksikan perbincangan menarik 'Indonesia Era Prabowo' malam ini

31 Okt 2024, 4:19 AM
Saksikan perbincangan menarik 'Indonesia Era Prabowo' malam ini

SHAH ALAM, 31 OKT: Orang ramai dijemput menyaksikan perbincangan menarik dalam progam Sembang Malam bertajuk 'Indonesia Era Prabowo', pada jam 9 malam ini.

Program berkenaan akan dihoskan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dan Aida Nyan.

Tiga ahli panel dijemput khas untuk mengupas tajuk berkenaan iaitu Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar; Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor Mohd Hidayat Saufi serta Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Fairuzzaman Shaharuddin.

Program yang dibawa secara eksklusif itu boleh ditonton menerusi platform Selangor TV dan Mana-Mana TV.

Pada 20 Oktober lalu, bekas jeneral dan menteri pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto, 73, mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029 di Parlimen Indonesia.

Prabowo menjadi presiden ketiga yang berlatar belakang ketenteraan selepas Soeharto dan Susilo Bambang Yudhoyono.

Beliau juga mencatat sejarah sebagai presiden tertua di Indonesia ketika dilantik, mengetepikan presiden ketiga BJ Habibie yang dilantik pada usia 61 tahun.

Prabowo memegang jawatan sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia berdasarkan populasi itu susulan kemenangan Pilihan Raya Presiden 2024 pada 14 Februari dengan memperoleh 59 peratus undi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.