ad
AGENDA

Gudang tayar, bateri musnah terbakar

31 Okt 2024, 12:47 AM
Gudang tayar, bateri musnah terbakar

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Sebuah gudang menyimpan tayar, bateri dan buggy di Taman Perindustrian KIP Sungai Buloh, Selangor musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata bagaimanapun kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.54 tengah malam dan api berjaya dikawal 2.07 pagi tadi. Kejadian menyebabkan 85 peratus gudang itu musnah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi pemadaman melibatkan pasukan dari lapan balai bomba dan penyelamat, dibantu 13 anggota bomba sukarela berhampiran, serta anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.