ad
AGENDA

Kerajaan Madani terus iltizam bela kebajikan rakyat tanpa kira bangsa, agama

30 Okt 2024, 3:35 PM
Kerajaan Madani terus iltizam bela kebajikan rakyat tanpa kira bangsa, agama

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan MADANI kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama adalah selaras dengan iltizam untuk memastikan kebajikan setiap rakyat kekal terbela, tidak tercicir atau dipinggirkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata bantuan itu antara lain termasuklah sumbangan kepada masyarakat India terutamanya golongan miskin tegar dan yang memerlukan.

Menerusi hantaran sama, Anwar turut berkongsi mengenai program Setiausaha Politik beliau Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menyantuni masyarakat India di sekitar Parlimen Indera Mahkota di Kuantan semalam sempena Majlis Penyampaian Baucar Deepavali 2024.

"Dalam majlis ini, saudara Farhan telah menyampaikan baucar ‘Jom Shopping Deepavali 2024’ kepada 135 penerima bagi membawa keceriaan buat mereka sempena sambutan Deepavali tahun ini," kata Perdana Menteri.

Deepavali atau pesta cahaya akan disambut penganut Hindu esok.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.