ad
AGENDA

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali

30 Okt 2024, 3:00 PM
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.

Ucapan baginda berdua dikongsi dalam hantaran menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Semoga Deepavali membawa kegembiraan, kemakmuran dan kebahagiaan dalam hidup anda. Selamat menyambut Deepavali buat anda dan orang tersayang,” menurut hantaran itu.

Deepavali atau pesta cahaya akan disambut penganut Hindu esok.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.