ad
AGENDA

Deepavali: Aliran trafik beberapa lebuh raya utama meningkat malam ini

30 Okt 2024, 2:41 PM
Deepavali: Aliran trafik beberapa lebuh raya utama meningkat malam ini

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala keluar dari ibu negara dilaporkan semakin meningkat setakat 8 malam ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan bersempena cuti perayaan Deepavali yang disambut esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah susulan peningkatan jumlah kenderaan.

Beliau berkata trafik bertambah di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E2 dari Plaza Tol Sungai Besi menuju ke Seremban serta di PLUS E1 dari Sungai Buloh menuju ke utara.

“Trend peningkatan aliran trafik dijangka berterusan hingga tengah malam ini berikutan ramai yang sudah memulakan perjalanan keluar dari Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.