ad
AGENDA

Belanjawan Selangor 2025 tumpu inisiatif khusus pacu ekonomi, tarik pelaburan

30 Okt 2024, 12:00 PM
Belanjawan Selangor 2025 tumpu inisiatif khusus pacu ekonomi, tarik pelaburan

SHAH ALAM, 30 OKT: Belanjawan Selangor 2025 yang dijadual dibentang pada 15 November menggariskan beberapa inisiatif khusus bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia bagi menjamin kemakmuran ekonomi dapat dinikmati bersama.

“Berbaki tiga minggu lagi sebelum pembentangan Belanjawan Selangor 2025, saya mengadakan perbincangan khusus untuk ucapan belanjawan nanti bersama UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) dan Perbendaharaan Selangor yang turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Setia Haris Kasim.

“Insya-Allah, beberapa lagi inisiatif khusus bakal dibentang dalam Belanjawan Selangor 2025 bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke negeri ini agar kemakmuran ekonomi dapat dinikmati bersama,” katanya di Facebook.

Sebelum ini Amirudin berkata Belanjawan Selangor 2025 menggariskan beberapa cabaran baharu bagi meneruskan momentum negeri sebagai penyumbang ekonomi terbesar negara.

Menurut Amirudin pentadbirannya berhasrat memajukan sektor pendigitalan khususnya teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi pembinaan pusat pembangunan AI pertama di Selangor.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Lau Weng San sebelum ini memaklumkan pembentangan jangkaan kos perbelanjaan tahunan negeri itu dijadual bersekali dengan sidang DNS yang dijadual berlangsung sehingga 29 November.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.